Skip to main content

 

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Rasmi CAES. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian +606 270 4511 atau e-mel kepada kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Apakah maksud UTeM?

UTeM adalah singkatan kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Ia adalah sebuah universiti yang ditubuhkan pada 1 Disember 2000 di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Act 30). UTeM merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam ke-14 di Malaysia.

 

Dimanakah kampus UTeM?

UTeM kini beroperasi di dua buah kampus. Kampus Induk terletak di kawasan penuh kehijauan di Durian Tunggal, kira-kira 3 minit dari Plaza Tol Ayer Keroh. Kampus berkeluasan 766 ekar ini hampir siap sepenuhnya dengan kemudahan kampus kondusif. Kampus Teknologi   yang terletak di kawasan perindustrian di Ayer Keroh.

 

Apakah maksud CAES?

CAES adalah singkatan kepada Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik.

 

Di manakah CAES beroperasi?

CAES kini beroperasi di Kampus Teknologi UTeM yang terletak di kawasan perindustrian Ayer Keroh dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), kira-kira 5 minit dari Plaza Tol Ayer Keroh.

 

Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik

Aras 2, Bangunan FKM,

Kampus Teknologi,

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka

 

Waktu operasi CAES?

Waktu operasi CAES:

Isnin sampai Jumaat (8.00am-5.00pm)

Waktu Rehat:

Isnin sampai khamis (1.00pm - 2.00pm)

Jumaat (12.15pm - 2.45pm)

Cuti :

Sabtu dan ahad

Cuti Umum

 

CAES mempunyai berapa bahagian?

CAES mempunyai tiga (3) bahagian iaitu :

1 - Pentadbiran

2 - Kecemerlangan Akademik

3 - Kesarjanaan Akademik

 

Bagaimanakah untuk menghubungi kami?

Jika terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian + 606-270 4511 atau email kami di email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Laman Sosial CAES?

Anda boleh melayari laman sosial CAES iaitu Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan Flickr

 

Bagaimana mendapatkan maklumat terkini berkaitan latihan / kursus yang dianjurkan oleh CAES?

Selain melalui emel hebahan jemputan penyertaan semasa yang dibuat, maklumat terkini latihan / kursus juga boleh dirujuk di laman web CAES melalui Aktiviti Terkini dan Kalendar.

 

Bagaimana cara untuk mendaftar latihan / kursus yang dianjurkan?

Pendaftaran latihan / kursus anjuran CAES boleh dibuat dengan hanya memberi maklum balas awal penyertaan melalui Sistem Maklumat Sumber Manusia (LATIHAN).