Syarat dan Peraturan
ASAS ANUGERAH
Anugerah ini bertujuan menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik penyampaian pengajaran inovatif selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi). Anugerah ini juga menyokong Anugerah yang diwujudkan di peringkat negara iaitu Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) yang diadakan pada setiap tahun.
Anugerah ini juga bertujuan untuk mengenalpasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan di UTeM oleh semua staf akademik UTeM dalam aspek Pengajaran dan Pembelajaran dalam TIGA (3) kategori berikut:
i. Pengajaran Transformatif ( AAU11)
Anugerah kategori ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan yang telah berjaya mentransformasikan pengendalian sesuatu kursus secara efektif, terutamanya ke atas keterlibatan dan pembelajaran aktif pelajar.
ii. Pengalaman Pembelajaran Imersif (AAU12)
Anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik pengalaman pembelajaran imersif merangkumi pembelajaran imersif maya, teradun dan bersemuka.
iii. Inovasi PdP TVET (AAU13)
Anugerah kategori ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran inovatif yang memberikan penekanan terhadap bidang TVET. Ini merangkumi pedagogi yang inovatif, pentaksiran alternatif dan persekitaran pembelajaran kondusif dan interaktif.
SYARAT PERMOHONAN
Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Penyampaian Pengajaran Inovatif ini:
- Penyertaan adalah terbuka kepada semua staf akademik UTeM.
- Penyertaan terbuka kepada semua staf akademik warganegara dan bukan warganegara yang berkhidmat secara tetap atau kontrak sepenuh masa di UTeM.
- Urusetia / Ahli Jawatankuasa Teknikal bagi anugerah ini TIDAK BOLEH memohon atau menjadi ahli kumpulan.
- Pemenang Anugerah Penyampaian Pengajaran Inovatif tahun sebelumnya tidak boleh memohon dalam kategori yang sama bagi permohonan pada tahun semasa.
- Pemohon tidak dibenarkan untuk menggunakan bahan yang mempunyai hak cipta di dalam permohonan tanpa sebarang kenyataan yang merujuk kepada pencipta, pemilik hak cipta atau pelaku. UTeM tidak bertanggungjawab di atas sebarang dakwaan terhadap pelanggaran hak cipta.
- Pemohon yang melepasi titik ambang akan melalui sesi pitching.
- Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, UTeM berhak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan.
- Keputusan Ahli Jawatankuasa Panel Penilai Universiti AAU adalah muktamad.
PROSEDUR PERMOHONAN
- Borang permohonan boleh di dapati dengan boleh didapati dengan melayari website CAES. Sebelum tarikh tutup permohonan.
- Permohonan hendaklah diperakukan oleh Dekan Fakulti/Pusat/Institut. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil / pemangkunya, surat penurunan kuasa perlu disertakan.
- Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Semua borang permohonan mestilah diisi dengan font Arial 11 dengan single-spacing dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sahih dan lengkap.
- Pemohon hanya dibenarkan menggunakan platform OneDrive untuk mengemukakan pembuktian.
- Pemohon tidak dibenarkan untuk membuat pindaan kepada pembuktian selepas tarikh tutup permohonan.
- Semua video (wajib ada) perlu dimuat naik dalam YouTube (mod private) dan dikemukakan dalam bentuk pautan YouTube (mod private) dalam e-portfolio.
- Pautan kepada OneDrive tersebut perlu diberi akses kepada Urus setia.
- Sebarang penghantaran bahan bukti dalam bentuk lain (seperti dokumen bercetak, cakera padat, thumbdrive & dll) adalah tidak diterima. Sebarang maklumat yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak diproses.
KRITERIA PENILAIAN
Kriteria penilaian bagi setiap kategori anugerah merangkumi aspek-aspek berikut:
- Kategori Pengajaran Transformatif
- Rasional; merangkumi penyataan masalah, jelas, spesifik, diukur dan dicapai (10%)
- Pengajaran; merangkumi kaedah pengajaran, penerangan proses pelaksanaan, novelty dan teori pembelajaran (40%)
- Penglibatan pelajar; merangkumi pengalaman pembelajaran (20%)
- Impak kaedah pengajaran; merangkumi kesan pada pencapaian Learning Outcom (LO) dengan bukti, boleh digunapakai oleh kursus lain/ bidang yang berbeza, digunakan di dalam/luar institusi dan manfaat pada institusi (30%)
- Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif
- Rasional; merangkumi penyataan masalah, jelas, spesifik, diukur dan dicapai (10%)
- Pendekatan; merangkumi kaedah pengajaran, penerangan proses pelaksanaan dan novelty (30%)
- Penglibatan pelajar; merangkumi pengalaman pembelajaran dan motivasi pelajar menggunakan platform imersif (30%)
- Impak kaedah pengajaran; merangkumi kesan pada pencapaian LO dengan bukti, boleh digunapakai oleh kursus lain/ bidang yang berbeza, digunakan di dalam/luar institusi dan manfaat pada institusi (30%)
- Kategori Inovasi PdP TVET
- Rasional; merangkumi penyataan masalah, jelas, spesifik, diukur dan dicapai (10%)
- Inovasi PdP TVET; merangkumi kaedah pengajaran atau elemen inovasi PdP TVET yang dinyatakan dengan jelas, penerangan proses pelaksanaan dan novelty (40%)
- Penglibatan pelajar; merangkumi pengalaman pembelajaran (20%)
- Impak kaedah pengajaran; merangkumi kesan pada pencapaian LO dengan bukti, boleh digunapakai oleh kursus lain/ bidang yang berbeza, digunakan di dalam / luar institusi dan manfaat pada institusi (30%)
PROSEDUR PENILAIAN
- Penilaian akan dibuat dalam DUA (2) Peringkat oleh Penilai Teknikal.
- Hanya permohonan yang melepasi titik ambang Peringkat Pertama akan disenarai pendek untuk ke Peringkat Kedua.
- Penilaian Peringkat Kedua dibuat melalui sesi pitching.
- Hanya permohonan yang melepasi titik ambang akan dimajukan ke Mesyuarat Panel Penilai Universiti penentuan akhir penerima anugerah dan saguhati.
NILAI ANUGERAH
Nilai Anugerah Penyampaian Pengajaran Inovatif bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Sagu hati RM500.00 kepada 2 calon yang memperolehi markah tertinggi.
ii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.
..................................................................................................................................................................................
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN ANUGERAH PENYAMPAIAN PENGAJARAN INOVATIF
|
KATEGORI PENGAJARAN TRANSFORMATIF |
|
KATEGORI PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF |
|
KATEGORI INOVASI PdP TVET |
MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH PENYAMPAIAN PENGAJARAN INOVATIF