Syarat dan Peraturan
ASAS ANUGERAH
Anugerah Penjanaan Pendapatan bertujuan memberi pengiktirafan kepada staf yang berkepakaran dan berkaliber dalam memberikan perkhidmatan profesional kepada umum. Penerima Anugerah Penjanaan Pendapatan ialah seorang staf yang beriltizam, terlibat secara menyeluruh dalam perkongsian kepakaran melalui pelbagai bentuk dan kerjasama dengan pihak industri, sektor swasta, badan berkanun, agensi kerajaan, komuniti dan individu yang selanjutnya menyumbang penjanaan pendapatan Universiti dan memberi impak kepada pembangunan dan visibiliti Universiti.
Perkhidmatan Penjanaan Pendapatan adalah semua aktiviti oleh PTj/kumpulan/individu staf di dalam penyediaan khidmat nasihat, khidmat profesional, khidmat kepakaran atau apa-apa perkhidmatan yang diberikan yang melibatkan penggunaan masa dan kepakaran dalam usaha menjana pendapatan kepada Universiti.
Penjanaan pendapatan bermaksud hasil atau sumber pendapatan/keuntungan daripada aktiviti atau inisiatif penjanaan yang dilaksanakan oleh PTj/kumpulan/individu staf yang menyumbang kepada sumber hasil dalaman Universiti termasuk hasil terus Universiti dan Tabung PTj. Kategori inisiatif penjanaan adalah meliputi usaha penjanaan di dalam:
- Program Akademik dan Penyelidikan seperti program pesisir, seminar, persidangan, bengkel, latihan, kursus, perundingan, perlesenan, royalti (tertakluk kepada Garispanduan Pengkomersilan) dan sebagainya.
- Penawaran Aset, Perkhidmatan dan Peralatan seperti sewaan dan pajakan aset Universiti, sewaan jubah, jualan buku, jualan borang, percetakan, pelbagai terimaan hasil, denda/saman dan sebagainya.
- Aktiviti Pengurusan Kewangan dan Pelaburan seperti keuntungan akaun semasa, pelupusan aset, pelaburan jangka panjang/emas, dividen/yuran pengurusan daripada anak syarikat dan sebagainya.
KATEGORI ANUGERAH
Berikut merupakan kategori Anugerah Penjanaan Pendapatan dalam mengiktiraf usaha dan sumbangan calon kepada Universiti ini:
- Anugerah Penjanaan Pendapatan Individu / Staf - (AAU16)
- Anugerah Penjanaan Pendapatan Pusat Tanggungjawab (PTj) – (AAU17)
SYARAT PERMOHONAN
Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Penjanaan Pendapatan ini:
- Anugerah Penjanaan Pendapatan Individu
- Berkhidmat sebagai staf di UTeM dan sebagai ketua projek/penemu projek; dan
- Penjanaan pendapatan yang diperolehi daripada hasil pendapatan terkumpul kepada Universiti adalah melebihi RM 3,000.00 dalam tempoh tahun yang dinilai.
- Nilai titik ambang melebihi 50%; dan
- Inisiatif penjanaan pendapatan dikategorikan sebagai sesuatu yang diusahakan dan tidak bersifat urusan seperti biasa (tugas hakiki) seperti mana Lampiran 1A; dan
- Inisiatif penjanaan pendapatan telah selesai/ berkala dan dibuktikan dengan transaksi kewangan terus kepada Universiti; dan
- Membawa impak kepada industri, sektor swasta, badan berkanun, agensi kerajaan, komuniti dan individu melalui inisiatif yang telah dijalankan dengan bukti laporan dan maklumbalas;dan
- Calon yang melalui proses atau pernah dikenakan tindakan tatatertib pada tahun semasa tidak boleh dicalonkan dan pihak Urus Setia perlu membuat semakan dengan Pejabat Undang-Undang.
- Anugerah Penjanaan Pendapatan Pusat Tanggungjawab (PTj)
- Penjanaan pendapatan yang diperolehi daripada hasil pendapatan terkumpul kepada Universiti adalah melebihi RM 15,000.00 dalam tempoh tahun yang dinilai; dan
- Nilai titik ambang melebihi 50%.
- Inisiatif penjanaan pendapatan dikategorikan sebagai sesuatu yang diusahakan dan tidak bersifat urusan seperti biasa (skop hakiki PTj) seperti mana Lampiran 1A; dan
- Inisiatif penjanaan pendapatan telah selesai/ berkala dan dibuktikan dengan transaksi kewangan terus kepada Universiti.
PROSEDUR PERCALONAN
Pencalonan akan dicadangkan oleh Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka dan penilaian akan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Anugerah Penjanaan Pendapatan.
KRITERIA PENILAIAN
Kriteria penilaian bagi anugerah in merangkumi aspek-aspek berikut:
- Anugerah Penjanaan Pendapatan Individu
- Kategori Perkhidmatan (10%)
- Nilai Keseluruhan Kos Projek Terkumpul kepada Universiti di dalam tempoh tahun yang dinilai (20%)
- Hasil Penjanaan Pendapatan Terkumpul kepada Universiti di dalam tempoh tahun yang dinilai (60%).
- Impak Projek (10%)
- Anugerah Penjanaan Pendapatan Pusat Tanggungjawab (PTj)
- Hasil Penjanaan Pendapatan Terkumpul kepada Universiti di dalam tempoh tahun yang dinilai (100%).
PROSEDUR PENILAIAN
- Pencalonan penerima Anugerah Penjanaan Pendapatan akan dibuat oleh Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka.
- Penilaian akhir penerima Anugerah Penjanaan Pendapatan akan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Anugerah Penjanaan Pendapatan yang dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka.
NILAI ANUGERAH
Nilai Anugerah Tokoh Akademik adalah seperti berikut:
i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Saguhati sebanyak RM500.00 kepada 2 calon yang memperolehi markah tertinggi.
ii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.
..................................................................................................................................................................................
MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH PENJANAAN PENDAPATAN