Syarat dan Peraturan

 

ASAS ANUGERAH

Anugerah Khas Kumpulan Penyelidikan (RG) bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada kumpulan penyelidik yang cemerlang dalam bidang penyelidikan. Kumpulan Penyelidikan ini telah memberikan sumbangan kepada bidang penyelidikan, penerbitan, inovasi dan pengkomersilan di peringkat Universiti, kemajuan Universiti dan masyarakat serta mendapat penarafan 5* oleh Pusat Kecemerlangan (CoE)

 

SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Khas Kumpulan Penyelidikan ini:

  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan berdaftar dengan Pusat Kecemerlangan (CoE).  Pencalonan dikemukakan oleh Pusat Kecemerlangan (CoE).
  2. Telah memberikan sumbangan yang cemerlang kepada penyelidikan dan telah melalui penilaian penarafan oleh Pusat Kecemerlangan (CoE).
  3. Sekiranya kumpulan pernah menerima anugerah ini, ia akan layak dipertimbangkan semula selepas 1 tahun.

 

PROSEDUR PERCALONAN

Pencalonan akan dikemukakan oleh Pusat Kecemerlangan (CoE).

 

KRITERIA PENILAIAN

Kriteria penilaian bagi anugerah ini merangkumi kecemerlangan suatu kumpulan penyelidikan melebihi kumpulan penyelidikan yang lain dari segi aspek berikut:

  1. Penyelidikan (50%)
  2. Inovasi (30%)
  3. Keternampakan (20%)

 

PROSEDUR PENILAIAN

Penilaian Anugerah Khas Kumpulan Penyelidikan akan dilaksanakan oleh Panel Penilai Teknikal Anugerah Khas Kumpulan (Kumpulan Penyelidikan).

 

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Khas Kumpulan Penyelidikan adalah seperti berikut:

i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Saguhati sebanyak RM500.00 kepada 2 kumpulan yang memperolehi markah tertinggi.
ii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.

 

..................................................................................................................................................................................

MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH KHAS KUMPULAN PENYELIDIKAN

pdf

 

 

      

Latest Events

18 Oct 2023 - 18 Oct 2023
08:00AM - 05:00PM
Academic Leadership Series (Siri 2 - Forum)
24 Oct 2023 - 24 Oct 2023
08:00AM - 05:00PM
Kursus Penyeliaan Pascasiswazah : Modul 1

iconCalendarEventsemail

 

 

 

OnlineApp     Training     Resources v2     Intred     AAU