Syarat dan Peraturan

 

ASAS ANUGERAH

Anugerah Khas Kumpulan Komuniti merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada kumpulan yang memberikan sumbangan dalam projek komuniti dengan penuh dedikasi berdasarkan konsep perpindahan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Anugerah ini juga akan menggalakkan lebih banyak penyertaan staf UTeM untuk terlibat dalam aktiviti bersama komuniti dan industri.

Anugerah ini juga akan menggalakkan lebih banyak penyertaan staf UTeM untuk terlibat dalam aktiviti bersama komuniti dan industri.

 

SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Khas Kumpulan Komuniti ini:

  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan berdaftar dengan Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM – Melaka (RICE). Pencalonan dikemukakan oleh RICE.
  2. Telah memberikan sumbangan yang cemerlang kepada komuniti dan telah melalui penilaian penarafan oleh RICE.

 

PROSEDUR PERCALONAN

Pencalonan akan dikemukakan oleh Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka.

 

KRITERIA PENILAIAN

Kriteria penilaian bagi anugerah ini merangkumi kecemerlangan suatu kumpulan komuniti melebihi kumpulan yang lain dari segi aspek berikut:

  1. Impak Ke Arah Pembangunan Mampan (SDG) – (50%)
  2. Peringkat Kerjasama (Industri / Kerajaan / Badan Profesional / Komuniti / Agensi) – (30%)
  3. Pengiktirafan Daripada Industri / Kerajaan / Badan Profesional / Komuniti / Agensi – (20%)
  4. Penghasilan penerbitan berkenaan projek komuniti yang telah dilaksanakan (bonus) – (10%)

 

PROSEDUR PENILAIAN

Penilaian Anugerah Khas Kumpulan Komuniti akan dilaksanakan oleh Panel Penilai Teknikal Anugerah Khas Kumpulan Komuniti.

 

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Khas Kumpulan Penyelidikan adalah seperti berikut:

i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Saguhati sebanyak RM500.00 kepada 2 kumpulan yang memperolehi markah tertinggi.
ii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.

 

..................................................................................................................................................................................

MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH KHAS KUMPULAN KOMUNITI

pdf

 

 

      

Latest Events

18 Oct 2023 - 18 Oct 2023
08:00AM - 05:00PM
Academic Leadership Series (Siri 2 - Forum)
24 Oct 2023 - 24 Oct 2023
08:00AM - 05:00PM
Kursus Penyeliaan Pascasiswazah : Modul 1

iconCalendarEventsemail

 

 

 

OnlineApp     Training     Resources v2     Intred     AAU