
Syarat dan Peraturan
ASAS ANUGERAH
Calon yang menerima Anugerah Tokoh Akademik UTeM merupakan seorang pensyarah yang komited, terlibat secara menyeluruh dan berterusan dalam proses penemuan dan penerokaan ilmu serta memenuhi aspirasi universiti sebagai jentera pembangunan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan manusia.
Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah menerajui secara holistik bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, serta perkhidmatan dan pentadbiran akademik.
Calon juga hendaklah menunjukkan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui serta membawa impak secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.
Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.
SYARAT UMUM PERCALONAN
Pencalonan terbuka kepada semua ahli akademik yang sedang berkhidmat termasuk sementara dan kontrak di UTeM.
SYARAT PERCALONAN
Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik ini:
- Calon hendaklah telah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti awam tempatan selama sekurang- kurangnya sepuluh (10) tahun dalam kerjaya akademik.
- Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik serta merupakan seorang Profesor.
- Telah menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan atau sanjungan daripada Kerajaan atau Universiti atau Badan Profesional atau Badan Ilmiah atau Industri pada peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa dalam tempoh masa 10 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).
- Menghasilkan dampak yang signifikan melalui sumbangan akademik yang telah dijalankan.
- Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui.
PROSEDUR PERMOHONAN
- Pencalonan bagi Anugerah ini akan di laksanakan oleh Jawatankuasa Pencarian Tokoh Akademik.
- Pemberian anugerah adalah berdasarkan kepada Jawatankuasa Pencarian dan cadangan akan dikemukakan untuk persetujuan Naib Canselor.
KRITERIA PENILAIAN
Kriteria peniaian merangkumi semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).
NILAI ANUGERAH
Nilai Anugerah Tokoh Akademik adalah seperti berikut:
i. Penerima Anugerah RM 8,000 (Ringgit Malaysia Lapan Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
..................................................................................................................................................................................
MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK