
Syarat dan Peraturan
ASAS ANUGERAH
Anugerah Penghasilan Makalah Jurnal bertujuan memberi pengiktirafan kepada pensyarah yang menghasilkan artikel jurnal terutamanya penerbitan yang menyokong dalam bidang tujahan Universiti.
SYARAT PERMOHONAN
Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Penghasilan Makalah Jurnal ini:
- Permohonan terbuka kepada semua ahli akademik yang sedang berkhidmat sepenuh masa, sementara dan kontrak.
- Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka tiada pemberian anugerah bagi tahun berkenaan.
- Sekiranya terdapat maklumat palsu, Jawatankuasa Panel Penilai Universiti berhak untuk menarik balik aunugerah yang telah diberikan.
- Pemohon yang sedang dalam prosiding tindakan tatatertib tidak layak untuk memohon.
PROSEDUR PERMOHONAN
- Dokumen permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke CAES.
KRITERIA PENILAIAN
Kriteria penilaian bagi anugerah in mengambil kira jumlah penerbitan di dalam Jurnal berdasarkan kategori berikut:
1. Mematuhi etika penerbitan.
2. Menyatakan afiliasi rasmi Universiti iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan nama rasmi Fakulti.
3. Mempunyai gabungan afiliasi menerusi kerjasama penyelidikan bersama universiti dalam negara, universiti luar negara dan/atau industri.
4. Kertas persidangan untuk pascasidang persidangan tidak diambil kira dalam pemarkahan kategori ini.
5. Sekiranya terdapat jumlah markah yang sama di antara pemohon, jumlah markah sebagai penulis koresponden akan diambil kira sebagai penentu penerima anugerah.
6. Pemohon mestilah Penulis Utama UTeM. Penulis Utama UTeM dalam sesebuah penerbitan dikenalpasti sebagai:
i. Penulis koresponden (corresponding author), dan/atau
ii. Penulis pertama UTeM dalam senarai kedudukan kepengarangan.
iii. SATU (1) artikel jurnal hanya boleh dituntut oleh SATU (1) pemohon sebagai Penulis Utama UTeM
iv. Sekiranya calon yang memperoleh markah tertinggi merupakan penerima anugerah ini bagi dua (2) tahun berturut-turut sebelum tahun penilaian semasa, calon tersebut akan diberikan Anugerah Khas sebagai pengiktirafan. Manakala penerima anugerah bagi tahun berkenaan diberikan kepada calon yang memperoleh markah kedua tertinggi.
v. Artikel jurnal yang telah disahkan di URIS sahaja dipertimbangkan.
PROSEDUR PENILAIAN
- Penilaian akan dibuat dalam DUA (2) Peringkat.
- Penilaian Pertama : Penilaian oleh Panel Penilai Peringkat Fakulti (PPPF).
- Penilaian Kedua : Penilaian oleh Panel Penilai Teknikal (PPT).
- Hanya permohonan yang melepasi titik ambang 70% penilaian PPPF sahaja akan dimajukan kepada Panel Penilai Teknikal.
- Permohonan yang melepasi titik ambang 70% panel penilai teknikal akan dimajukan ke Mesyuarat Panel Penilai Universiti bagi penentuan akhir penerima anugerah dan saguhati.
NILAI ANUGERAH
Nilai Anugerah Tokoh Akademik adalah seperti berikut:
i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Sagu hati RM500.00 kepada 2 calon yang memperolehi markah tertinggi.
ii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.
Anugerah Akademik Universiti (AAU) UTeM
Syarat dan Peraturan (AAU06 - Anugerah Penghasilan Makala
© Hak Cipta Terpelihara CAES @ UTeM (Versi 3) 2026