
Syarat dan Peraturan
ASAS ANUGERAH
Anugerah Khas Kumpulan Penyelidikan (RG) adalah satu bentuk pengiktirafan yang diberikan kepada kumpulan penyelidikan yang cemerlang dalam pelbagai aspek penyelidikan. Anugerah ini bertujuan untuk menghargai usaha dan kejayaan kumpulan penyelidikan yang telah memberikan sumbangan secara signifikan dalam Pengkayaan Sumber Penyelidikan dan Penjanaan Pendapatan UTeM, Keberhasilan Impak Kerjasama Industri-UTeM, Pemerkasaan Makmal Teknologi Industri-UTeM serta Ketrampilan dan Kepimpinan Penyelidik UTeM.
Salah satu kriteria utama bagi kelayakan menerima anugerah ini adalah pencapaian penarafan 5 Bintang oleh Pusat Pembuatan dan Teknologi Pintar (SMTC), yang melambangkan tahap kecemerlangan tinggi serta impak signifikan kumpulan tersebut dalam bidang penyelidikan.
Anugerah ini bukan sahaja sebagai pengiktirafan, malah berfungsi sebagai pemangkin kepada peningkatan budaya penyelidikan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi universiti untuk memperkukuh kedudukannya di peringkat global.
SYARAT PERMOHONAN
Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Khas Kumpulan Penyelidikan ini:
- Penyertaan adalah secara berkumpulan
Pencalonan hendaklah dikemukakan secara berkumpulan dan kumpulan penyelidikan tersebut mestilah berdaftar dengan Pusat Pembuatan dan Teknologi Pintar (SMTC). Pencalonan hanya boleh dikemukakan oleh pihak SMTC. - Sumbangan dan Penilaian Penarafan
Kumpulan penyelidikan mestilah telah memberikan sumbangan cemerlang dalam bidang penyelidikan dan telah melalui proses penilaian serta menerima penarafan daripada SMTC. - Pencalonan Semula
Sekiranya kumpulan penyelidikan pernah menerima anugerah ini sebelum ini, pencalonan semula hanya akan dipertimbangkan selepas tempoh satu (1) tahun dari tarikh penganugerahan terdahulu.
PROSEDUR PERCALONAN
Pencalonan rasmi akan dikemukakan oleh Pusat Pembuatan dan Teknologi Pintar (SMTC) bagi kumpulan penyelidikan yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
KRITERIA PENILAIAN
Penilaian bagi Anugerah Khas Kumpulan Penyelidikan (RG) adalah berdasarkan tahap kecemerlangan kumpulan berbanding kumpulan penyelidikan lain, merangkumi empat aspek utama berikut:
- Pengkayaan Sumber Penyelidikan dan Penjanaan Pendapatan UTeM (30%)
A1. Geran Industri/NGO
A2. Geran Padanan Nasional-Industri
A3. Geran Padanan Antarabangsa-Industri
A4. Pendapatan kasar melalui perundingan (industri)
A5. Pendapatan kasar melalui perkhidmatan professional/makmal - Keberhasilan Impak Kerjasama Industri-UTeM (40%)
B1: Projek Industri/Agensi berbentuk perkhidmatan
B2: Penerbitan bersama industri (Penerbitan dalam jurnal, laporan teknikal, artikel majalah, buku dan lain-lain) - Pemerkasaan Makmal Teknologi Industri-UTeM (10%)
C1. Makmal pusat penyelidikan industri (industry design house) untuk penyelidikan/inovasi/pembangunan produk
C2. Fasiliti/peralatan penyelidikan berimpak tinggi (high-end industry facilities)
C3. Akreditasi perkhidmatan makmal
C4. Hadiah (infrastruktur makmal) - Ketrampilan dan Kepimpinan Penyelidik UTeM (20%)
D1: Penyelidik utama projek penyelidikan
D2: Pakar teknikal / pakar rujuk industri (industry referred)
PROSEDUR PENILAIAN
Penilaian Anugerah Khas Kumpulan Penyelidikan akan dilaksanakan oleh Panel Penilai Teknikal Anugerah Khas Kumpulan (Kumpulan Penyelidikan). Panel ini akan menjalankan penilaian berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan untuk memastikan ketelusan dan keadilan dalam proses pemilihan penerima anugerah.
TITIK AMBANG
50 markah dan ke atas.
NILAI ANUGERAH
Nilai Anugerah Khas Kumpulan Penyelidikan adalah seperti berikut:
i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Saguhati sebanyak RM500.00 kepada 2 kumpulan yang memperolehi markah tertinggi.
ii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.
..................................................................................................................................................................................
MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH KHAS KUMPULAN PENYELIDIKAN