
Syarat dan Peraturan
ASAS ANUGERAH
Anugerah Khas Kumpulan Komuniti merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada kumpulan yang memberikan sumbangan dalam projek komuniti dengan penuh dedikasi berdasarkan konsep perpindahan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Anugerah ini juga akan menggalakkan lebih banyak penyertaan staf UTeM untuk terlibat dalam aktiviti bersama komuniti dan industri.
Anugerah ini juga akan menggalakkan lebih banyak penyertaan staf UTeM untuk terlibat dalam aktiviti bersama komuniti dan industri.
SYARAT PERMOHONAN
Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Khas Kumpulan Komuniti ini:
- Penyertaan adalah secara berkumpulan dan berdaftar dengan Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM – Melaka (RICE). Pencalonan dikemukakan oleh RICE.
- Telah memberikan sumbangan yang cemerlang kepada komuniti dan telah melalui penilaian penarafan oleh RICE.
PROSEDUR PERCALONAN
Pencalonan akan dikemukakan oleh Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka.
KRITERIA PENILAIAN
Kriteria penilaian bagi anugerah ini merangkumi kecemerlangan suatu kumpulan komuniti melebihi kumpulan yang lain dari segi aspek berikut:
- Peringkat Kerjasama (Industri / Kerajaan / Badan Profesional / Komuniti / Agensi) – (30%)
- Impak Ke Arah Pembangunan Mampan (SDG) – (10%)
- Impak Program Kepada Komuniti/Industri – (10%)
- Impak Program Kepada Universiti – (50%)
PROSEDUR PENILAIAN
Penilaian Anugerah Khas Kumpulan Komuniti akan dilaksanakan oleh Panel Penilai Teknikal Anugerah Khas Kumpulan Komuniti.
TITIK AMBANG
50 markah dan ke atas
NILAI ANUGERAH
Nilai Anugerah Khas Kumpulan Penyelidikan adalah seperti berikut:
i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Saguhati sebanyak RM500.00 kepada 2 kumpulan yang memperolehi markah tertinggi.
ii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.
..................................................................................................................................................................................
MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH KHAS KUMPULAN KOMUNITI