
SYARAT UMUM PERMOHONAN
ANUGERAH AKADEMIK UNIVERSITI (AAU)
1. Permohonan/pencalonan AAU dibuka hanya kepada semua ahli akademik yang sedang berkhidmat sepenuh masa, sementara dan kontrak. * kecuali untuk Anugerah Akademik Harapan.
2. Anugerah ini tidak akan diberikan kepada mana-mana individu secara anumerta (posthumous). Sekiranya terdapat pemenang yang meninggal dunia selepas penilaian, maka bahagian anugerah yang layak untuknya akan diberikan kepada warisnya.
3. Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberikan.
4. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Jawatankuasa Panel Penilai Universiti berhak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
5. Pemohon boleh memohon lebih daripada satu kategori anugerah.
6. Kehadiran bekerja diambil kira dalam proses penilaian.
7. Pemohon yang melalui proses siasatan tatatertib dan tersenarai di Unit Intergriti tidak layak untuk memohon.
8. Keputusan Jawatankuasa Panel Penilai Universiti adalah muktamad.
Anugerah Akademik Universiti (AAU) UTeM
Syarat Umum Permohonan
© Hak Cipta Terpelihara CAES (Versi 2) 2025