Skip to main content

Anugerah Akademik Universiti merupakan anugerah tertinggi Universiti yang merangkumi tiga belas (13) kategori utama;

Anugerah Tokoh Akademik

 

Calon yang menerima Anugerah Tokoh Akademik UTeM merupakan seorang Profesor yang komited, terlibat secara menyeluruh dan berterusan dalam proses penemuan dan penerokaan ilmu serta memenuhi aspirasi universiti sebagai jentera pembangunan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah menerajui secara holistik bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan pentadbiran akademik.

Calon hendaklah telah berkhidmat sebagai pensyarah di universiti awam tempatan selama sekurang kurangnya sepuluh (10) tahun dalam kerjaya akademik serta telah menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan atau sanjungan daripada Kerajaan atau Universiti atau Badan Profesional atau Badan Ilmiah atau Industri pada peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa dalam tempoh masa 10 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).

Calon juga hendaklah menunjukkan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui serta membawa impak secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.

Pemberian Anugerah adalah berdasarkan kepada Jawatankuasa Pencarian yang di Pengerusikan oleh Naib Canselor.