Skip to main content

Syarat dan Peraturan

 

ASAS ANUGERAH

Anugerah Pengajaran bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada para pensyarah dan tenaga pengajar yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran. Calon juga telah melaksanakan tanggungjawab pengajaran dan bimbingan pelajar dengan penuh dedikasi, komited, dan sempurna selama sekurang-kurangnya 8 tahun di IPT, untuk menghasilkan siswazah yang berkualiti tinggi. Penerima anugerah ini hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

 

SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Pengajaran ini:

  1. Pensyarah dan tenaga pengajar yang telah melaksanakan tanggungjawab pengajaran dan bimbingan pelajar dengan penuh dedikasi, komited, dan sempurna selama sekurang-kurangnya lapan (8) tahun di IPT (secara kumulatif).
  2. Calon perlu mengemukakan portfolio pengajaran dan butir jaya diri (CV) yang terkini dan lengkap, melaksanakan pengajaran mikro. Setiap butiran perlu disertakan dengan salinan dokumen sebagai bahan bukti,  jika berkaitan.
  3. Pencalonan terbuka kepada semua ahli akademik yang sedang berkhidmat termasuk sementara dan kontrak di UTeM.
  4. Seseorang pemohon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja. Pemohon yang menerima hadiah saguhati, boleh memohon semula pada tahun berikutnya.

 

PROSEDUR PERMOHONAN

  1. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permohonan AAU di dalam Sistem Maklumat Universiti (i@UTeM) sebelum tarikh tutup permohonan.
  2. Borang permohonan yang lengkap (AAU02) berserta dokumen sokongan mesti di sediakan dalam bentuk satu (1) salinan keras (hardcopy).
  3. Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap dan mengikut format yang ditetapkan (di cetak dan di jilidkan). Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  4. Permohonan hendaklah dihantar ke CAES sebelum tarikh tutup permohonan.

 

KRITERIA PENILAIAN

Kriteria penilaian bagi anugerah in merangkumi aspek-aspek berikut:

i. Pernyataan falsafah pengajaran dan pembelajaran yang tidak melebihi 600 patah perkataan

· Falsafah pengajaran yang jelas dengan kepercayaan dan nilai.

· Teori / model yang digunakan dalam pengajaran yang menyokong falsafah pengajaran dan pembelajaran.

ii. Penilaian akan dijalankan dalam 2 aspek:

· Aspek 1 melibatkan penilaian pengajaran berdasarkan rubrik penilaian pengajaran merangkumi portfolio pengajaran (55%).

· Aspek 2 melibatkan penilaian pengajaran mikro merangkumi organisasi dan kejelasan penyampaian, pengetahuan bidang kandungan, pengunaan media, interaksi dan gaya individu (45%).

iii. Portfolio Pengajaran perlu merangkumi aspek – aspek berikut:

· Falsafah pengajaran dan pembelajaran.

· Strategi keseluruhan berkaitan kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian yang digunakan.

· Kreativiti dan inovasi yang diterapkan serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran.

· Penilaian dan testimonial pengajaran / penyeliaan.

· Penambahbaikan pengajaran / penyeliaan dan penilaian serta pembangunan profesional.

· Kesarjanaan dalam pengajaran / penyeliaan dan penilaian.

iv. Simulasi Pengajaran

Penilaian berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan melalui persembahan pengajaran mikro dalam kelas sebenar (secara bersemuka, virtual ( maya) atau rakaman tentang topik pengajaran bagi tempoh minimum 1 jam. Perkara yang dinilai dalam simulasi pengajaran:

·    Keberkesanan komunikasi
·    Kejelasan penyampaian
·    Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar
·    Keupayaan meyakini dan memotivasikan ‘pelajar’
·    Keupayaan melibatkan ‘pelajar’ secara aktif dan berkesan
·    Keupayaan menilai pemahaman ‘pelajar’

v. Temuduga

Temuduga akan merangkumi perkara berikut:

·    Falsafah pengajaran dan pembelajaran
·    Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran
·    Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
·    Kesarjanaan dalam pengajaran dan pembelajaran
·    Refleksi kendiri terhadap simulasi pengajaran

vi. Setiap butiran perlu disertakan dengan salinan dokumen sebagai bahan bukti, jika berkaitan.

vii. Panel Fakulti / Teknikal perlu untuk melaksanakan sesi sebenar pengajaran ( secara bersemuka, virtual (maya) atau secara rakaman dan temuduga.

viii. Sekiranya tiada bukti pengajaran (selain secara bersemuka) tiada penilaian bagi aspek pengajaran mikro (45%)

 

PROSEDUR PENILAIAN

  1. Penilaian akan dibuat dalam DUA (2) Peringkat iaitu :
    • Penilaian Pertama : Penilaian oleh Panel Penilai Peringkat Fakulti (PPPF)
    • Penilaian Kedua    : Penilaian oleh Panel Penilai Teknikal (PPT)
  2. Hanya permohonan yang melepasi titik ambang penilaian PPPF sahaja akan dimajukan kepada penilaian PPT.
  3. Permohonan yang melepasi titik ambang PPT akan dimajukan ke Mesyuarat Panel Penilai Universiti penentuan akhir penerima anugerah dan saguhati.

 

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Tokoh Akademik adalah seperti berikut:

i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Sagu hati RM500.00 kepada 2 calon yang memperolehi markah tertinggi.
ii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.

 

..................................................................................................................................................................................

MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH PENGAJARAN

pdf