Skip to main content

Syarat dan Peraturan

 

ASAS ANUGERAH

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada ahli akademik yang menghasilkan kualiti makalah jurnal terbaik bagi tahun yang dinilai. Jurnal yang dipertandingkan mesti tersenarai di laman web http://jpt.mohe.gov.my/aan.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Kualiti Makalah ini:

  1. Kriteria minimum untuk melayakkan penyertaan adalah makalah diterbitkan dalam jurnal yang tersenarai di laman web http://jpt.mohe.gov.my/aan. Contoh jurnal mengikut bidang adalah seperti Lampiran 1 (Bidang Sains) dan Lampiran 2 (Bidang Sains Sosial dan Sastera).
  2. Hanya Penulis Koresponden (Corresponding Author) yang makalahnya beralamatkan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) layak memohon.
  3. Penghargaan (Acknowledgement) kepada UTeM / pemberi dana perlu dinyatakan.
  4. Makalah boleh diterima sama ada secara terbitan online atau bercetak dan mesti diterbitkan pada tahun 2022 (1 Jan - 31 Dis).
  5. Setiap pemohon dibenarkan mengemukakan hanya SATU makalah untuk dipertimbangkan.
  6. Ulasan ringkas tidak melebihi 250 patah perkataan dalam bahasa Melayu / Bahasa Inggeris yang merangkumi aspek keaslian makalah dan impak kepada bidang ilmu,  kepengarangan ( contoh melibatkan penulis Bersama daripada Institusi luar), sumbangan kepada komuniti/ negara / industri dan kredibiliti penulis.
  7. Setiap butiran perlu disertakan dengan salinan dokumen sebagai bahan bukti, jika berkaitan.
  8. Pencalonan terbuka kepada semua ahli akademik yang sedang berkhidmat di UTeM.

 

PROSEDUR PERMOHONAN

  1. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permohonan AAU di dalam Sistem Maklumat Universiti (i@UTeM) sebelum tarikh tutup permohonan.
  2. Borang permohonan yang lengkap (AAU09) berserta dokumen sokongan mesti di sediakan dalam bentuk satu (1) salinan keras (hardcopy).
  3. Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap dan mengikut format yang ditetapkan (di cetak dan di jilidkan.) Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  4. Permohonan hendaklah dihantar ke CAES sebelum tarikh tutup permohonan.

 

KRITERIA PENILAIAN

Kriteria penilaian bagi anugerah in merangkumi aspek-aspek berikut:

i. Impak Faktor Jurnal (40%).

ii. Kepengarangan (30%).

iii. Sumbangan kepada Komuniti, Industri dan Negara (25%).

iv. Kredibiliti penulis UTeM (5%).

 

PROSEDUR PENILAIAN

Permohonan yang melepasi titik ambang panel penilai teknikal akan dimajukan ke Mesyuarat Panel Penilai Universiti penentuan akhir penerima anugerah dan saguhati.

  1. Penilaian akan dibuat dalam DUA (2) Peringkat
    • Penilaian Pertama : Penilaian oleh Panel Penilai Peringkat Fakulti (PPPF)
    • Penilaian Kedua    : Penilaian oleh Panel Penilai Teknikal
  2. Hanya permohonan yang melepasi titik ambang penilaian PPPF sahaja akan dimajukan kepada Panel Penilai Teknikal.
  3. Permohonan yang melepasi titik ambang panel penilai teknikal akan dimajukan ke Mesyuarat Panel Penilai Universiti penentuan akhir penerima anugerah dan saguhati.

 

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Pengajaran adalah seperti berikut

i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Sagu hati RM500.00 kepada 2 calon yang memperolehi markah tertinggi.
iii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.

 

..................................................................................................................................................................................

MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH MAKALAH JURNAL

pdf

 

 

MUAT TURUN LAMPIRAN 1

pdf

 

 

MUAT TURUN LAMPIRAN 2

pdf