Anugerah Tokoh Akademik

Calon yang menerima Anugerah Tokoh Akademik UTeM merupakan seorang Profesor yang komited, terlibat secara menyeluruh dan berterusan dalam proses penemuan dan penerokaan ilmu serta memenuhi aspirasi universiti sebagai jentera pembangunan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan manusia.
Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah menerajui secara holistik bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan pentadbiran akademik.
Calon hendaklah telah berkhidmat sebagai pensyarah di universiti tempatan selama sekurang kurangnya lima (5) tahun dalam kerjaya akademik serta telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti.
Calon juga hendaklah menunjukkan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui serta membawa impak secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.
Pemberian Anugerah adalah berdasarkan kepada Jawatankuasa Pencarian yang di Pengerusikan oleh Naib Canselor.
Anugerah Akademik Harapan

Anugerah Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik muda yang berkemampuan dan berkaliber. Penerima Anugerah Akademik Harapan ialah seorang ahli akademik yang beriltizam, terlibat secara menyeluruh dan menyumbang kepada penemuan dan pembangunan ilmu, penjanaan kekayaan negara dan memenuhi aspirasi universiti sebagai jentera pembangunan negara dan dunia ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup manusia sejagat. Penerima anugerah hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.
Calon mesti berumur di bawah 38 tahun pada 1 Januari 2021 dan berkhidmat sebagai ahli akademik di UTeM selama sekurang-kurangnya tiga (3) tahun secara kumulatif. Calon mestilah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik yang diterajui, menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik dan membawa impak secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.
Kriteria Penilaian:
● Pengajaran dan Penyeliaan
● Penulisan dan Penerbitan
● Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan
● Perundingan
● Sumbangan kepada Universiti dan Masyarakat
Anugerah Pengajaran

Anugerah Pengajaran bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada para pensyarah dan tenaga pengajar yang telah melaksanakan tanggungjawab pengajaran dan bimbingan pelajar dengan penuh dedikasi, komited, dan sempurna selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun, untuk menghasilkan siswazah yang berkualiti tinggi.
Pengajaran dalam konteks ini didefinisikan sebagai aktiviti kreatif yang direka bentuk untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan mengembangkan kebolehan, bakat serta minat pelajar.
Penilaian calon bagi Anugerah Pengajaran adalah berdasarkan kepada elemen INOVASI dan KESARJANAAN dalam kriteria berikut:
● Falsafah pengajaran
● Pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengajaran
● Persediaan pengajaran
● Kaedah pengajaran
● Kaedah penilaian hasil pembelajaran
● Bimbingan dan penyeliaan
Anugerah Penerbitan Buku ( Sains Teknologi) dan (Sains Sosial)

Anugerah ini diberikan untuk buku karya asli terbitan ilmiah oleh Penerbit UTeM ATAU anggota MAPIM pada tahun 2020.
Buku ilmiah iaitu karya asli atau monograf cetakan edisi pertama dan tidak termasuk Buku Teks, Modul dan Manual.
Karya ilmiah meliputi buku yang dihasilkan berasaskan penyelidikan dan kajian yang distrukturkan mengikut bentuk formal dan mematuhi piawai penerbitan Ilmiah.
Mematuhi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, khususnya Subseksyen 11(1) dan mana-mana akta yang berkaitan.
Setiap karya yang dicalonkan mesti mematuhi gaya penerbitan masing-masing secara tekal (Konsisten) mengikut gaya Penerbitan Ilmiah UTeM atau Ahli MAPIM.
Kriteria Penilaian:
● Isi kandungan
● Impak ilmiah
● Gagasan
● Anatomi dan reka bentuk buku
Anugerah Penyelidikan

Anugerah Penyelidikan ini adalah bagi mengiktiraf staf yang telah menghasilkan penyelidikan ke arah proses penemuan dan penerokaan ilmu. Anugerah ini juga diwujudkan untuk menggalakkan lebih banyak inovasi hasil penyelidikan di kalangan staf akademik UTeM.
Kriteria Penilaian:
● Geran Penyelidikan
● Hasil Penyelidikan
● Penyeliaan Pelajar Pasca Siswazah Mod Penyelidikan
● Pengiktirafan dan Rujukan
● Anugerah
Anugerah Inovasi & Pengkomersilan Produk

Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk merangkumi produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan dan mencapai tahap pengkomersilan, memberi impak dari segi penjanaan ilmu ke arah peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi negara. Produk penyelidikan boleh merupakan reka bentuk, reka cipta, inovasi, teknologi, perisian atau proses.
Kriteria Penilaian:
● Mendapat perlindungan harta intelek (granted)
● Produk telah dikomersilkan (berada di pasaran)
● Memberi impak kepada pembangunan modal insan serta mendapat pengiktirafan oleh penggguna melalui publisiti (liputan media)
● Penglibatan calon dalam mengkomersilkan produk berkenaan
Anugerah Penghasilan Makalah Jurnal

Anugerah Penghasilan Makalah Jurnal bertujuan memberi pengiktirafan kepada pensyarah yang menghasilkan makalah jurnal terutamanya penerbitan yang menyokong dalam bidang tujahan Universiti.
Kriteria Penilaian:
● Mematuhi etika penerbitan
● Pernyataan affiliasi mestilah dengan UTeM dan penyataan penghargaan penggunaan dana yang diperolehi
● Kertas kerja untuk prosiding dan semasa persidangan tidak diambil kira dalam penerbitan jurnal
● Prosiding yang diiktiraf sebagai jurnal, adalah dibawah kategori C (JURNAL BERINDEKS SELAIN DARIPADA ISI DAN SCOPUS)
● Sekiranya terdapat jumlah markah yang sama, jumlah markah jurnal berimpak diambil kira
Anugerah Kualiti Makalah Jurnal

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada ahli akademik yang menghasilkan kualiti makalah jurnal terbaik bagi tahun yang dinilai.
Kriteria minimum untuk melayakkan penyertaan adalah jurnal yang berimpak tinggi melebihi 0.3 berdasarkan Pangkalan Data Scopus dan Web Of Science (WOS) kecuali jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh UTeM. Sekiranya jurnal tersebut terdapat dalam kedua-dua pangkalan data, maka, Jurnal yang mempunyai impak yang tertinggi akan diambil kira.
Makalah jurnal yang dicalonkan perlu ada PENGHARGAAN AKNOWLEDGEMENT KEPADA UTeM atau pemberi dana.
Hanya penulis utama (lazimnya penulis pertama) yang makalahnya beralamatkan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) layak memohon. Sekiranya penulis utama bukan penulis pertama, pengesahan bertulis daripada semua penulis bersama perlu disertakan.
Anugerah Khas Kumpulan

Anugerah Khas Kumpulan bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada kumpulan pensyarah / tenaga pengajar di sesebuah Jabatan / Fakulti / Pusat Kecemerlangan yang telah bekerjasama memberi impak terhadap kecemerlangan bidang tujahan Universiti.
Anugerah Khas Kumpulan ini adalah untuk menggalakkan lebih banyak inovasi, konsultasi dan jalinan hubungan terbentuk di kalangan staf UTeM dengan pihak luar dalam pelbagai aktiviti penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bagi memupuk dan menyemarakkan budaya kerjasama dan integriti dalam aktiviti penyelidikan dan pengajaran di kalangan staf UTeM.
Kriteria Penilaian:
● Kerjasama dengan Industri / Kerajaan / Badan Profesional / Komuniti / Agensi
● Pengiktirafan daripada Industri / Kerajaan / Badan Profesional / Komuniti / Agensi
● Peringkat kerjasama