PMJ 1

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdullilah, bersyukur saya ke hadrat  Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya berkongsi hasrat kami di CAES.

Bakat yang cekap dan mantap adalah ciri “Technology Scholar”, atribut utama Akademik UTeM, selaras dengan merealisasikan aspirasi Technology @ University Advancing Industry and Society (T.U.N.A.I). Oleh itu, sikap cintakan ilmu, pembelajaran berterusan bersama budaya pembelajaran dinamik yang merangkumi pengetahuan dan inovasi adalah penting untuk memupuk kecemerlangan dan kesarjanan akademik Ini adalah visi dan misi CAES. Laman web ini bertindak sebagai platform dan salah satu usaha CAES dalam menyumbang ke arah budaya belajar yang dinamik bagi memastikan peningkatan kualiti yang berterusan. Ini termasuk penyebaran aktiviti yang akan dijalankan serta akses ke sumber latihan dan program latihan yang telah dirancang dan diatur dari semasa ke semasa oleh CAES. Adalah menjadi hasrat kami agar laman web ini berfungsi sebagai sumber utama pembelajaran bagi semua staf akademik. CAES akan terus komited dan bersifat dinamik dalam membangunkan kursus-kursus dan latihan-latihan yang berimpak kearah kecemerlangan dan kesarjanaan akademik seluruh staf akademik UTeM.

Penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua staf akademik dan orang ramai yang mengunjungi laman web ini. Semoga platform digital ini dapat memberi pengetahuan kepada staf akademik dan orang ramai mengenai perkembangan terkini CAES. Kami mengalu-alukan semua kakitangan UTeM dan pengunjung yang dihormati untuk memberi kami maklum balas yang membina agar kami menjadikan laman web ini menjadi lebih berkesan dan bermaklumat pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

 

Profesor Madya Dr. Mohd Shakir Bin Md Saat
PENGARAH
PUSAT KECEMERLANGAN DAN KESARJANAAN AKADEMIK (CAES)

      

Aktiviti Terkini

18 Okt 2023 - 18 Okt 2023
08:00AM - 05:00PM
Academic Leadership Series (Siri 2 - Forum)
24 Okt 2023 - 24 Okt 2023
08:00AM - 05:00PM
Kursus Penyeliaan Pascasiswazah : Modul 1

iconKalendarPeristiwaemail 2

 

OnlineApp     Latihan     Resources v2     Intred     AAU