Syarat dan Peraturan

 

ASAS ANUGERAH

Calon yang menerima Anugerah Tokoh Akademik UTeM merupakan seorang pensyarah yang komited, terlibat secara menyeluruh dan berterusan dalam proses penemuan dan penerokaan ilmu serta memenuhi aspirasi universiti sebagai jentera pembangunan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah menerajui secara holistik bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, serta perkhidmatan dan pentadbiran akademik.

Calon juga hendaklah menunjukkan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui serta membawa impak secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.

Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

SYARAT PERCALONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik ini:

  1. Pemberian anugerah adalah berdasarkan kepada Jawatankuasa Pencarian dan cadangan akan dikemukakan untuk persetujuan Naib Canselor.
  2. Calon hendaklah telah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti tempatan selama sekurang- kurangnya lima (5) tahun dalam kerjaya akademik serta telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti.
  3. Berpengalaman memegang jawatan pentadbiran / menjalankan tugas pentadbiran yang meliputi peringkat pembuat keputusan iaitu sekurang-kurangnya pernah memegang jawatan Timbalan Naib Canselor ke atas.
  4. Merekabentuk dan menggerakkan Polisi dan Dasar yang menyokong kepada aspirasi Universiti.

 

PROSEDUR PERMOHONAN

  1. Permohonan bagi Anugerah ini akan di laksanakan oleh Jawatankuasa Pencarian Tokoh Akademik..
  2. Pemberian anugerah adalah berdasarkan kepada Jawatankuasa Pencarian dan cadangan akan dikemukakan untuk persetujuan Naib Canselor.

 

KRITERIA PENILAIAN

Kriteria peniaian merangkumi semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Tokoh Akademik adalah seperti berikut

i. Penerima Anugerah RM 8,000 (Ringgit Malaysia Lapan Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.

..................................................................................................................................................................................

MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

pdf

 

 

 

      

Latest Events

18 Oct 2023 - 18 Oct 2023
08:00AM - 05:00PM
Academic Leadership Series (Siri 2 - Forum)
24 Oct 2023 - 24 Oct 2023
08:00AM - 05:00PM
Kursus Penyeliaan Pascasiswazah : Modul 1

iconCalendarEventsemail

 

 

 

OnlineApp     Training     Resources v2     Intred     AAU