Skip to main content

Syarat dan Peraturan

 

ASAS ANUGERAH

Anugerah Penyelidikan ini adalah bagi mengiktiraf staf yang telah menghasilkan penyelidikan ke arah proses penemuan dan penerokaan ilmu. Anugerah ini juga diwujudkan untuk menggalakkan lebih banyak inovasi hasil penyelidikan dalam kalangan staf akademik UTeM.

 

SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Penyelidikan ini:

  1. Mengambilkira semua geran penyelidikan diterima pada tahun semasa yang dinilai sahaja (Tahun 2022).
  2. Hasil penyelidikan bahagian B (I), (II) dan (III) pada tahun dinilai (2022) MESTI berasaskan geran aktif pada tahun dinilai (2022) atau satu tahun sebelumnya (2021).
  3. Bagi penyeliaan pascasiswazah mod penyelidikan, mengambilkira pelajar dalam tempoh pengajian dan graduan pada tahun dinilai sahaja (2022) dan MESTI daripada projek penyelidikan aktif pada tahun dinilai (2022) atau satu tahun sebelumnya (2021). Pelajar MESTI berdaftar sebagai GRA dan menjalankan penyelidikan berkaitan geran tersebut.
  4. Setiap butiran perlu disertakan dengan salinan dokumen sebagai bahan bukti, jika berkaitan.
  5. Pencalonan terbuka kepada semua ahli akademik yang sedang berkhidmat di UTeM.

 

PROSEDUR PERMOHONAN

  1. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permohonan AAU di dalam Sistem Maklumat Universiti (i@UTeM) sebelum tarikh tutup permohonan.
  2. Borang permohonan yang lengkap (AAU04) berserta dokumen sokongan mesti di sediakan dalam bentuk satu (1) salinan keras (hardcopy).
  3. Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap dan mengikut format yang ditetapkan (di cetak dan di jilidkan.) Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  4. Permohonan hendaklah dihantar ke CAES sebelum tarikh tutup permohonan.

 

KRITERIA PENILAIAN

Kriteria penilaian bagi anugerah in merangkumi aspek-aspek berikut:

i. Geran Penyelidikan (geran yang yang diterima pada tahun yang dinilai sahaja) (30%).

ii. Hasil Penyelidikan (30%).

iii. Penyeliaan Pelajar Pascasiswazah Mod Penyelidikan (15%).

iv. Pengiktirafan Dan Rujukan (15%).

v. Anugerah (10%).

vi. Bonus (Impak Penyelidikan) (3%).

Penyataan impak penyelidikan kepada bidang ilmu dan manusia sejagat serta sumbangan kepada negara (tidak melebihi 250 patah perkataan)

 

PROSEDUR PENILAIAN

  1. Penilaian akan dibuat dalam DUA (2) Peringkat iaitu:
    • Penilaian Pertama : Penilaian oleh Panel Penilai Peringkat Fakulti (PPPF)
    • Penilaian Kedua    : Penilaian oleh Panel Penilai Teknikal
  2. Hanya permohonan yang melepasi titik ambang penilaian PPPF sahaja akan dimajukan kepada Panel Penilai Teknikal.
  3. Permohonan yang melepasi titik ambang panel penilai teknikal akan dimajukan ke Mesyuarat Panel Penilai Universiti penentuan akhir penerima anugerah dan saguhati.

 

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Pengajaran adalah seperti berikut

i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Sagu hati RM500.00 kepada 2 calon yang memperolehi markah tertinggi.
iii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.

 

..................................................................................................................................................................................

MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH PENYELIDIKAN

pdf