Skip to main content

Syarat dan Peraturan

 

ASAS ANUGERAH

Anugerah ini diberikan untuk buku karya asli terbitan ilmiah oleh Penerbit UTeM ATAU anggota MAPIM ATAU penerbit antarabangsa yang diperakui oleh Jawatankuasa Penerbitan Ilmiah Universiti pada tahun semasa. Buku ilmiah iaitu karya asli cetakan edisi pertama dan tidak termasuk monograf, buku teks, modul dan manual. Karya ilmiah meliputi buku yang dihasilkan berasaskan penyelidikan dan kajian yang distrukturkan mengikut bentuk formal dan mematuhi piawai penerbitan Ilmiah. Halaman hak cipta yang diterima adalah halaman hak cipta Penerbit UTeM ATAU Penerbit anggota MAPIM.

Anugerah Penerbitan Buku ini terbahagi kepada dua bidang iaitu:

i. Bidang Sains Teknologi.

ii. Bidang Sains Kemanusiaan dan Sains Sosial.

 

SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Penerbitan Buku ini :

  1. Anugerah ini diberikan untuk buku karya asli terbitan ilmiah oleh Penerbit UTeM ATAU anggota MAPIM pada tahun yang dinilai.
  2. Buku ilmiah iaitu karya asli cetakan edisi pertama dan tidak termasuk Monograf, Buku Teks, Modul dan Manual.
  3. Karya ilmiah meliputi buku yang dihasilkan berasaskan penyelidikan dan kajian yang distrukturkan mengikut bentuk formal dan mematuhi piawai penerbitan Ilmiah.
  4. Halaman hak cipta yang diterima adalah halaman hak cipta Penerbit UTeM ATAU Penerbit anggota MAPIM.
  5. Buku yang dipertimbangkan adalah yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu ATAU Bahasa Inggeris sahaja.
  6. Pengarang mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang warga Akademik UTeM bertaraf Tetap atau Kontrak. Sekiranya lebih daripada seorang, pengarang boleh terdiri daripada warga Akademik UTeM keseluruhannya, bersama warga bukan akademik UTeM, bersama warga ahli MAPIM atau pengarang luar dari dalam atau luar negara. Bilangan Pengarang hendaklah tidak lebih daripada tiga (3) orang.
  7. Mematuhi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, khususnya Subseksyen 11(1) dan mana-mana akta yang berkaitan.
  8. Setiap karya terbitan Penerbit UTeM atau ahli MAPIM akan dicalonkan oleh pengarang/penulis itu sendiri melalui sokongan Jawatankuasa Penerbitan Ilmiah Fakulti (JKPIF) berserta bahan-bahan pencalonan yang ditetapkan oleh Panel Penilai Universiti.
  9. Bagi karya bukan terbitan UTeM, pencalonan perlu dilakukan oleh pengarang karya tersebut dengan menghantar borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap berserta bahan-bahan pencalonan yang ditetapkan oleh Panel Penilai Universiti.
  10. Naskhah buku yang sedia ada di tangan penulis yang telah diberi oleh pihak Penerbit sebagai naskhah hadiah boleh digunakan sebagai bahan pencalonan atau boleh dibeli daripada pihak Penerbit. Salinan (fotokopi) tidak layak untuk dihantar sebagai pencalonan AAU. Setiap penghantaran naskhah buku tidak akan dikembalikan.
  11. Keputusan adalah muktamad di bawah kuasa Panel Penilai Universiti dan diperakukan oleh Naib Canselor.

 

PROSEDUR PERMOHONAN

  1. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permohonan AAU di dalam Sistem Maklumat Universiti (i@UTeM) sebelum tarikh tutup permohonan.
  2. Calon dikehendaki untuk mengemukakan Borang permohonan yang lengkap (AAU03) termasuk ;
    • Lima (5) naskhah buku. Setiap penghantaran naskhah buku tidak akan dikembalikan
    • Satu (1) salinan kulit buku depan dan belakang
    • Satu salinan kad staf Universiti depan dan belakang
    • Biodata ringkas Pengarang (tidak melebihi 100 patah perkataan)
  3. Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap dan mengikut format yang ditetapkan (dicetak dan di jilid). Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  4. Sila pastikan semua perkara dalam senarai semak (checklist) telah dilengkapkan.
  5. Permohonan hendaklah dihantar ke CAES sebelum tarikh tutup permohonan.

 

KRITERIA PENILAIAN

Kriteria penilaian bagi anugerah in merangkumi aspek-aspek berikut:

i. Impak ilmiah (70%).

ii. Anatomi dan reka bentuk buku (30%).

iii. Bonus (11%).

 

PROSEDUR PENILAIAN

  1. Penilaian akan dibuat oleh Panel Penilai Teknikal ( PPT).
  2. Permohonan yang melepasi titik ambang panel penilai teknikal akan dimajukan ke Mesyuarat Panel Penilai Universiti penentuan akhir penerima anugerah dan saguhati.

 

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Pengajaran adalah seperti berikut

i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.

 

..................................................................................................................................................................................

MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH PENERBITAN BUKU

pdf