Skip to main content

Syarat dan Peraturan

 

ASAS ANUGERAH

Anugerah Penghasilan Makalah Jurnal bertujuan memberi pengiktirafan kepada pensyarah yang menghasilkan jurnal terutamanya penerbitan yang menyokong dalam bidang tujahan Universiti.

 

SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Penghasilan Makalah Jurnal ini:

  1. Permohonan terbuka kepada semua ahli akademik UTeM.
  2. Pemohon mestilah merupakan CORRESPONDING AUTHOR atau Penulis Utama. Jika Penulis Utama adalah pelajar, staf akademik pertama yang tercatat sebagai penulis bersama dikira sebagai Penulis Utama adalah layak memohon. (Rujuk Jadual 1).
  3. Sekiranya penulis pertama adalah pelajar, penyelia sebagai penulis kedua dikira sebagai penulis pertama. Penyelia kedua dan seterusnya dikira sebagai penulis berikutnya.
  4. Artikel jurnal WAJIB mempunyai afiliasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan penghargaan (Acknowledgement) kepada UTeM seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Akademik bilangan 1 tahun 2018.
  5. Pemohon WAJIB memuatnaik artikel yang diterbitkan ke dalam sistem URIS (Modul Research Output). Hanya artikel yang telah disahkan oleh pihak Perpustakaan Laman Hikmah sahaja yang layak memohon serta diambil kira.
  6. Kertas kerja untuk prosiding dan semasa persidangan tidak diambil kira dalam penerbitan jurnal.
  7. Semua penerbitan mestilah mematuhi etika penerbitan.
  8. Sekiranya terdapat maklumat palsu, Jawatankuasa Panel Penilai Universiti berhak untuk menarik balik aunugerah yang telah diberikan.
  9. Pemohon yang sedang dalam prosiding tindakan tatatertib tidak layak untuk memohon.

 

PROSEDUR PERMOHONAN

  1. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permohonan AAU di dalam Sistem Maklumat Universiti (i@UTeM) sebelum tarikh tutup permohonan.
  2. Borang permohonan yang lengkap (AAU06) berserta dokumen sokongan mesti di sediakan dalam bentuk satu (1) salinan keras (hardcopy).
  3. Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap dan mengikut format yang ditetapkan (di cetak dan di jilidkan). Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  4. Permohonan hendaklah dihantar ke CAES sebelum tarikh tutup permohonan.

 

KRITERIA PENILAIAN

Kriteria penilaian bagi anugerah in mengambil kira jumlah penerbitan di dalam Jurnal berdasarkan kategori berikut:

i. Jurnal Berindeks WOS/JCR (SCIE, SSCI)

ii. Jurnal Berindeks SCOPUS

iii. Jurnal Berindeks Selain (i) & (ii)

iv. Jurnal Tidak Berindeks (UTeM)

v. Jurnal Tidak Berindeks

 

JADUAL 1

Bil

Corresponding Author / Penulis Utama

Kelayakan

Status Kategori Pemarkahan

1

pelajar*, staf

Staf layak memohon

Penulis Utama

2

pelajar, staf1, staf2, staf3, staf4*

Hanya staf4 layak memohon

Corresponding Author

3

pelajar, staf*

Staf layak memohon

Corresponding Author

4

Pelajar1, pelajar2*, staf

Staf Tidak layak memohon

Tidak Layak

5

staf1*, staf2*

Hanya staf1 layak memohon

Corresponding Author

6

staf, pelajar*

Staf layak memohon

Penulis Utama

7

i) pelajar, staf1, staf2

Sekiranya Corresponding Author tidak dinyatakan, staf1 sahaja layak memohon

Penulis Utama

ii) staf1, staf2

8

Staf penulis ketiga dan seterusnya

Sekiranya staf bukan Corresponding Author dan Penulis Utama

Penulis Berikutnya

* adalah Corresponding Author atau penulis utama

 

PROSEDUR PENILAIAN 

  1. Penilaian akan dibuat dalam DUA (2) Peringkat.
    • Penilaian Pertama : Penilaian oleh Panel Penilai Peringkat Fakulti (PPPF).
    • Penilaian Kedua    : Penilaian oleh Panel Penilai Teknikal (PPT).
  2. Hanya permohonan yang melepasi titik ambang penilaian PPPF sahaja akan dimajukan kepada penilaian PPT.
  3. Permohonan yang melepasi titik ambang panel penilai teknikal akan dimajukan ke Mesyuarat Panel Penilai Universiti penentuan akhir penerima anugerah dan saguhati.

 

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Tokoh Akademik adalah seperti berikut:

i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Sagu hati RM500.00 kepada 2 calon yang memperolehi markah tertinggi.
ii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.

 

 

..................................................................................................................................................................................

MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH PENGHASILAN MAKALAH JURNAL 

pdf