Syarat dan Peraturan
ASAS ANUGERAH
Anugerah Khas Kumpulan bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada kumpulan pensyarah / tenaga pengajar di sesebuah Jabatan / Fakulti / Pusat Kecemerlangan yang telah bekerjasama memberi impak terhadap kecemerlangan bidang tujahan Universiti.
Anugerah Khas Kumpulan ini adalah untuk menggalakkan lebih banyak inovasi, konsultasi dan jalinan hubungan terbentuk dalam kalangan staf UTeM dengan pihak luar dalam pelbagai aktiviti penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bagi memupuk dan menyemarakkan budaya kerjasama dan integriti dalam aktiviti penyelidikan dan pengajaran dalam kalangan staf UTeM.
SYARAT PERMOHONAN
Penyertaan terbuka kepada semua ahli akademik yang sedang berkhidmat termasuk sementara dan kontrak di UTeM serta merupakan ketua kumpulan penyelidikan.
PROSEDUR PERMOHONAN
- Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permohonan AAU di dalam Sistem Maklumat Universiti (i@UTeM) sebelum tarikh tutup permohonan.
- Borang permohonan yang lengkap (AAU07) berserta dokumen sokongan mesti di sediakan dalam bentuk satu (1) salinan keras (hardcopy).
- Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap dan mengikut format yang ditetapkan (di cetak dan di jilidkan). Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
- Permohonan hendaklah dihantar ke CAES sebelum tarikh tutup permohonan.
KRITERIA PENILAIAN
Kriteria penilaian bagi anugerah in mengambil kira jumlah penerbitan di dalam Jurnal berdasarkan kategori berikut:
i. Nilai projek (15%)
ii. Peringkat kerjasama (30%)
iii. Impak Penyelidikan (30%)
iv. Impak komuniti / Industri (20%)
v. Pengiktirafan (5%)
PROSEDUR PENILAIAN
- Penilaian akan dibuat dalam DUA (2) Peringkat.
- Penilaian Pertama : Penilaian oleh Panel Penilai Peringkat Fakulti (PPPF).
- Penilaian Kedua : Penilaian oleh Panel Penilai Teknikal (PPT).
- Hanya permohonan yang melepasi titik ambang penilaian PPPF sahaja akan dimajukan kepada penilaian PPT.
- Permohonan yang melepasi titik ambang panel penilai teknikal akan dimajukan ke Mesyuarat Panel Penilai Universiti penentuan akhir penerima anugerah dan saguhati.
NILAI ANUGERAH
Nilai Anugerah Tokoh Akademik adalah seperti berikut:
i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Sagu hati RM500.00 kepada 2 calon yang memperolehi markah tertinggi.
ii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.
..................................................................................................................................................................................
MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH KHAS KUMPULAN