Syarat dan Peraturan

 

ASAS ANUGERAH

Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk merangkumi produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan dan mencapai tahap pengkomersilan, memberi impak daripada segi penjanaan ilmu ke arah peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi negara. Produk penyelidikan boleh merupakan rekabentuk, rekacipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses yang dibangunkan sebagai harta intelek yang berdaftar. Pemohon yang mempunyai kriteria yang disebutkan dan mempunyai produk sehingga tahap pengkomersilan adalah layak memohon. Pemohon hanya boleh mengemukakan satu produk pada satu borang permohonan pada tahun semasa. Pemenang anugerah ini boleh memohon semula pada tahun berikutnya dengan produk yang berbeza beserta IP berbeza.

 

SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk ini:

  1. Produk mestilah telah dikomersialkan dan menjana pendapatan (jualan kasar) kepada UTeM. Untuk layak memohon nilai jualan kasar kumulatif bagi produk berkenaan mestilah sekurang-kurangnya RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu).
  2. UTeM dan penyelidik mestilah mendapat pulangan hasil daripada pengkomersialan produk (contohnya: royalti, yuran pelesenan, penjualan IP dan syarikat spin-off).
  3. Pemohon mestilah Ketua Penyelidik bagi pembangunan produk ini.
  4. Borang permohonan yang BERASINGAN PERLU DI SEDIAKAN BAGI SETIAP PRODUK. Sekiranya terdapat lebih daripada satu produk dalam borang yang sama, permohonan tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
  5. Telah mendapat perlindungan harta intelek yang didaftarkan di UTeM (Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UTeM).
  6. Produk telah mendapat anugerah inovasi sekurang-kurangnya di peringkat kebangsaan.
  7. Produk telah mendapat pengiktirafan oleh pengguna melalui publisiti (liputan media) - media cetak dan elektronik.
  8. Pencalonan terbuka kepada semua ahli akademik yang sedang berkhidmat di UTeM.

 

PROSEDUR PERMOHONAN

  1. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permohonan AAU di dalam Sistem Maklumat Universiti (i@UTeM) sebelum tarikh tutup permohonan.
  2. Borang permohonan yang lengkap (AAU05) berserta dokumen sokongan mesti di sediakan dalam bentuk satu (1) salinan keras (hardcopy).
  3. Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap dan mengikut format yang ditetapkan (di cetak dan di jilidkan). Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  4. Permohonan hendaklah dihantar ke CAES sebelum tarikh tutup permohonan.

 

KRITERIA PENILAIAN

Kriteria penilaian bagi anugerah in merangkumi aspek-aspek berikut:

i. Produk (45%)

ii. Perlesenan dan Penjualan IP / Penjanaan Hasil Pengkomersilan (40%)

iii. Impak (10%)

iv. Bonus (Penglibatan Dan Peranan Dalam Pengkomersilan) (10%)

 

PROSEDUR PENILAIAN

  1. Penilaian akan dibuat dalam DUA (2) Peringkat.
    • Penilaian Pertama : Penilaian oleh Panel Penilai Peringkat Fakulti (PPPF).
    • Penilaian Kedua    : Penilaian oleh Panel Penilai Teknikal (PPT).
  2. Hanya permohonan yang melepasi titik ambang penilaian PPPF sahaja akan dimajukan kepada penilaian PPT.
  3. Permohonan yang melepasi titik ambang panel penilai teknikal akan dimajukan ke Mesyuarat Panel Penilai Universiti penentuan akhir penerima anugerah dan saguhati.

 

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Tokoh Akademik adalah seperti berikut:

i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Sagu hati RM500.00 kepada 2 calon yang memperolehi markah tertinggi.
ii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.

 

..................................................................................................................................................................................

MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSILAN PRODUK

pdf

 

 

 

      

Latest Events

18 Oct 2023 - 18 Oct 2023
08:00AM - 05:00PM
Academic Leadership Series (Siri 2 - Forum)
24 Oct 2023 - 24 Oct 2023
08:00AM - 05:00PM
Kursus Penyeliaan Pascasiswazah : Modul 1

iconCalendarEventsemail

 

 

 

OnlineApp     Training     Resources v2     Intred     AAU