Syarat dan Peraturan

 

ASAS ANUGERAH

Anugerah Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik muda yang berkemampuan dan berkaliber. Penerima Anugerah Akademik Harapan ialah seorang ahli akademik yang beriltizam, terlibat secara menyeluruh dan menyumbang kepada penemuan dan pembangunan ilmu, penjanaan kekayaan negara dan memenuhi aspirasi Universiti sebagai jentera pembangunan negara dan dunia ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup manusia sejagat. Penerima anugerah ini hanya boleh menerima anugerah ini SEKALI sahaja.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi kategori Anugerah Akademik Harapan ini:

  1. Calon mesti berumur 38 tahun dan kebawah pada 1 Januari 2022.
  2. Berkhidmat sebagai ahli akademik di UTeM sekurang - kurangnya 3 tahun secara kumulatif bermula tarikh pengesahan jawatan.
  3. Menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik yang diterajui.
  4. Menerajui bidang pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik.
  5. Membawa impak secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.
  6. Calon yang melalui proses atau pernah dikenakan tindakan tatatertib tidak boleh memohon dan pihak Urus Setia perlu membuat semakan dengan Pejabat Undang-undang.
  7. Setiap butiran perlu disertakan dengan salinan dokumen sebagai bahan bukti, jika berkaitan.
  8. Pencalonan terbuka kepada semua ahli akademik yang telah tetap.

 

PROSEDUR PERMOHONAN

  1. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permohonan AAU di dalam Sistem Maklumat Universiti (i@UTeM) sebelum tarikh tutup permohonan.
  2. Borang permohonan yang lengkap (AAU08) berserta dokumen sokongan mesti di sediakan dalam bentuk satu (1) salinan keras (hardcopy).
  3. Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap dan mengikut format yang ditetapkan (di cetak dan di jilidkan.) Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  4. Permohonan hendaklah dihantar ke CAES sebelum tarikh tutup permohonan.

 

KRITERIA PENILAIAN

Kriteria penilaian bagi anugerah in merangkumi aspek-aspek berikut:

i. Pengajaran dan Penyeliaan (30%)

ii. Penemuan Ilmu (Penyelidikan dan Penerbitan) (30%)

iii. Sanjungan dan Kepimpinan Akademik (20%)

iv. Perundingan dan Jaringan Industri (10%)

v. Khidmat Kepada Universiti dan Masyarakat (10%)

vi. Bonus (5%)

 

PROSEDUR PENILAIAN

  1. Penilaian akan dibuat dalam DUA (2) Peringkat
    • Penilaian Pertama : Penilaian oleh Panel Penilai Peringkat Fakulti (PPPF)
    • Penilaian Kedua    : Penilaian oleh Panel Penilai Teknikal (PPT)
  2. Hanya permohonan yang melepasi titik ambang penilaian PPPF sahaja akan dimajukan kepada Panel Penilai Teknikal.
  3. Permohonan yang melepasi titik ambang panel penilai teknikal akan dimajukan ke Mesyuarat Panel Penilai Universiti penentuan akhir penerima anugerah dan saguhati.

 

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Pengajaran adalah seperti berikut

i. Penerima Anugerah RM 4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) beserta sebuah piala dan sijil penghargaan.
ii. Sagu hati RM500.00 kepada 2 calon yang memperolehi markah tertinggi.
iii. Sijil penghargaan kepada semua pencalonan yang memasuki saringan akhir di peringkat Universiti.

 

..................................................................................................................................................................................

MUAT TURUN SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH AKADEMIK HARAPAN

pdf

 

 

      

Latest Events

18 Oct 2023 - 18 Oct 2023
08:00AM - 05:00PM
Academic Leadership Series (Siri 2 - Forum)
24 Oct 2023 - 24 Oct 2023
08:00AM - 05:00PM
Kursus Penyeliaan Pascasiswazah : Modul 1

iconCalendarEventsemail

 

 

 

OnlineApp     Training     Resources v2     Intred     AAU