Anugerah Akademik Universiti (AAU) adalah pengiktirafan tertinggi oleh universiti terhadap kecemerlangan ahli akademik di UTeM. Kecemerlangan dan pencapaian yang diiktiraf adalah meliputi bidang pengajaran, penyelidikan dan penerbitan bahan ilmiah.  Anugerah ini juga bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan yang telah dicapai oleh staf akademik samada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Anugerah ini juga diwujudkan sebagai satu aspirasi untuk staf akademik universiti meningkatkan pencapaian kecemerlangan dan sumbangan dalam mengharumkan nama Universiti di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. AAU mula di laksanakan pada tahun 2010 mengambil kira pencapaian semasa pada tahun 2009.

AAU merupakan anugerah tertinggi Universiti yang di adakan secara tahunan dan merangkumi tiga belas (13) kategori utama;

•    Anugerah Tokoh Akademik
•    Anugerah Akademik Harapan
•    Anugerah Pengajaran
•    Anugerah Penerbitan Buku ( Sains Teknologi) dan (Sains Sosial)
•    Anugerah Penyelidikan
•    Anugerah Inovasi & Pengkomersilan Produk
•    Anugerah Penghasilan Makalah Jurnal
•    Anugerah Kualiti Makalah Jurnal
•    Anugerah Khas Kumpulan
•    Anugerah Penyampaian Pengajaran Inovatif    [Anugerah Baharu]
•    Anugerah Penjanaan Pendapatan    [Anugerah Baharu]
•    Anugerah Khas Kumpulan Penyelidikan (RG)    [Anugerah Baharu]
•    Anugerah Khas Kumpulan Komuniti    [Anugerah Baharu]

 

 

 

 

 

OnlineApp     Training     Resources v2     Intred     AAU