PANDUAN PENYEDIAAN VIDEO

VIDEO PREPARATION GUIDELINES

 

Syarat bagi pembentangan video adalah seperti berikut: -

  • Tema adalah “Unlocking Innovation: Create & Change" (InnoCs)
  • Terdapat empat (4) kriteria dalam penghasilan video pendek ini:
  1. kandungan (Content),
  2. Persembahan (presentation),
  3. Strategi inovasi yang digunakan (Innovative Strategies),
  4. Impak dalam pembelajaran (Impact on Learning).
  • Peserta dibenarkan menghasilkan video dengan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  • Tempoh video adalah tidak melebihi 3-5 minit dan boleh melibatkan semua elemen multimedia seperti animasi, grafik, audio dan ilustrasi
  • Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian pembinaan video. Resolusi video hendaklah berkualiti sekurang-kurangnya 720p (High Definition) dalam pilihan format MP4/AVI sahaja.

 

Dengan itu pihak urusetia mencadangkan garis masa berikut sebagai panduan untuk menyediakan rakaman video.

Garis masa (mm:ss)

Perkara

00:00 – 00:15

Poster / montaj projek

00:15 – 00:45

Pengenalan setiap ahli kumplan,

00:45 – 03:00

Penerangan mengenai projek. Perlu fokus kepada:-

·         Penyelesaian masalah

·         Kaedah pengajaran

03:00 – 04:00

Pembuktian/testimoni  penglibatan pelajar

04:00 – 4:30

Impak kaedah pengajaran

04:30 – 05:00

Penutup

 

Kriteria penilaian adalah berdasarkan:

  • Rasional                                                                        (10%)
    1. Penyataan Masalah/ Isu
  • Pengajaran                                                                    (40%)
    1. Kaedah Pengajaran/ Elemen transformatif
    2. Penerangan Proses Perlaksanaan
  • Penglibatan Pelajar                                                      (20%)
    1. Pengalaman Pembelajaran (portfolio, perkongsian di media sosial dll)
  • Impak Kaedah Pengajaran                                          (10%)
    1. Kesan Pada Pencapaian LO dengan bukti
    2. Boleh diguna pakai oleh Kursus/ Bidang Lain
    3. Digunakan di dalam/ luar institusi
    4. Manfaat pada institusi

 

Hakcipta video kreatif adalah hak milik peserta dan CAES.

- Pihak CAES berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedarkan, menyunting semula dan menayangkan semua hasil karya yang dihantar di laman sesawang, pameran, mana-mana platform media atau media sosial CAES untuk tujuan promosi dan sebagainya.

 

Pertanyaan lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini, sila rujuk kepada laman web CAES atau berhubung dengan pegawai berikut: -

 

                Prof. Madya Dr. Muliati binti Sedek

                Tel: +6011 6290 3939

                Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

..................................................................................................................................................................................

MUAT NAIK PERMOHONAN

Click cursor icon with click here button 21971593 PNG

atau scan QR Code

 

OnlineApp     Training     Resources v2     Intred     AAU